YETI LANCAR SB165 | LEBIH AGRESIF!

Walaupun masih berbaki enam bulan untuk menghampiri tahun 2020, YETI ternyata mencuri tumpuan para peminat MTB hari ini dengan memperkenalkan ‘pahlawan enduro/trail’ terbarunya, SB165 untuk keluaran tahun depan.

Warna TURQUOISE masih sinonim dengan YETI!

Rata-rata majalah basikal di luar negara telah mengeluarkan artikel tunggang uji SB165 sejurus YETI mengumumkan ketibaannya. Bermakna, SB165 telah disiapkan terlebih awal dan ‘diperam ranum’ sebelum membuat kemunculan mengejutkan di pasaran.

Pemacu rantai atau ‘chain guide’ (ISCG05) juga ditampilkan sebagai komponen standard!
“SB165 umpama menunggang basikal DH saya suatu masa dulu, ia agresif melayani trail-trail ganas namun tetap mudah pada kayuhan – Richie Rude, YETI/FOX FACTORY TEAM


Apa pun, kami di OUTRAGE berharap untuk menunggang ujinya dan mengulas santai apabila ia mendarat di semua ‘showroom’ Malaysia kelak. Jom kita lihat seimbas lalu spefikasi teknikal SB165.

Saiz Roda: 27.5”
Travel: 180mm (depan) | 165mm (belakang)
Material Kerangka: Karbon (Karbon ‘C’, Karbon ‘Turq’)
Sudut Tiub Kepala: 63.5°
Panjang Chainstay: 433mm
Berat Anggaran: 14.5 kg (Saiz L)
Harga: USD7,699 untuk model T2

Kredit Foto: YETI

POPULAR

Scroll to Top