Ulasan awal Yeti SB 140 | SEKADAR PELENGKAP KATEGORI?

Setelah pengenalan model aggro enduro mereka SB165 beberapa minggu lepas, YETI kembali mengisi kekosongan di dalam barisan model basikal mereka dengan memperkenalkan sebuah lagi model baharu iaitu SB140. Meskipun dikategorikan sebagai sebuah basikal ‘trail’, SB140 dilihat mempunyai lebih kemampuan untuk memberikan persaingan terhadap model-model lain yang sama dalam kelasnya.

Grafik yang cukup minimal pada SB140

Melihat pada trend dan betapa popularnya model bertayar 29” di kalangan pengeluar juga peminat basikal sejak kebelakangan ini, kita mungkin beranggapan yang YETI akan kekal membina model berpandukan tayar bersaiz 29” pada masa depan, namun dengan dua model baharu yang dilancarkan, ternyata jenama daripada Colorado ini masih menaruh keyakinan terhadap kemampuan teknikal tayar bersaiz 27.5” .

‘Blue print’ teknikal SB140

SB140 dijana oleh “rear travel” 140mm dan ditampilkan dalam kerangka karbon. YETI mengesyorkan agar SB140 digandingkan bersama penyerap hentak depan berukuran 160mm maksimum. Seperti yang penulis sebutkan tadi, jika dlihat daripada nombor asas binaan ini, SB140 selayaknya diletakkan dalam kategori enduro atau pun sekurang-kurangnya dalam kategori aggro trail. Mungkin kerana hendak memasukkan model ini ke dalam kategori yang dipanggil RIP; iaitu kategori basikal yang dapat membawa anda lebih jauh bukan sekadar untuk tujuan perlumbaan, maka YETI perlu mengisi kekosongan kategori tersebut menerusi SB140.

Dari sudut belakang, rekaan SB140 ‘secara luarannya’ tiada bezanya dengan model YETI yang lain

Pengenalan model ini telah mengisi kekosongan bagi semua kategori yang kini semuanya menggunakan rekaan platform suspensi terbaru mereka. Dengan nilai capaian standard model YETI dan digabungkan bersamasudut condong head tube 65 darjah, basikal ini ternyata dapat membawa anda mengembara dan juga semestinya berlumba.

Lincah dan sesuai untuk pengembaraan dalam apa jua ‘terrain’

Bagi peminat peminat YETI, semestinya model ini dapat membuka lembaran baru dalam mengisi kategori basikal MTB. Bersama rekaan suspensi Switch Infinity mereka, model ini mempunyai leverage ratio 13% iaitu sebuah nilai sederhana dan berada di tengah-tengah antara semua model YETI.

SB140 didatangkan dalam saiz S hingga XL , binaan spesifikasi C1 hingga T3 dan juga kerangka sahaja.

INFO TEKNIKAL RINGKAS YETI SB140
Saiz tayar: 27.5″
Travel: 140mm (belakang) / 160mm (fork)
Sudut headtube: 65 darjah
Chainstay: 433mm
Berat: 13.1kg
Harga: $7,399 (USD) – Model T2
Warna: Inferno, Grey, Turquoise
Waranti: Seumur hidup (kerangka)

SOKONGLAH PENERBITAN TEMPATAN
LIKE | SHARE | COMMENTS TANDA SOKONGAN

POPULAR

Scroll to Top