ULASAN AWAL SANTA CRUZ HIGHTOWER 2020

Setelah berjaya membuat penunggang tegar basikal bukit tidak senang duduk dengan tampilnya model Megatower, Santa Cruz sekali membuat kejutan dengan melancarkan versi terbaru Hightower model tayar 29”(boleh digunakan juga saiz 27.5+). Ternyata, telahan ramai bahawa model Hightower akan dihentikan pengeluarannya adalah meleset sama sekali. Menggunakan reka letak penyerap hentak terbaru Santa Cruz iaitu Lower Link Mount dan ciri-ciri baru rekaan Santa Cruz seperti cip boleh ubah dan jarak capaian yang lebih moden, tidak mustahil yang Hightower mengiurkan ‘diehard fan’ Santa Cruz. Pastinya, pergerakan penyerap hentak akan lebih sekata berbanding rekaan lama untuk membelah halangan di depan. Mungkin sesuatu yang baik kerana ia merupakan nilai tambahan kepada ketangkasan basikal ini.

Hightower 2019 boleh diibaratkan sebagai ‘adik’ kepada Megatower dengan geometri yang lebih santai iaitu rear travel 140mm, digandingkan bersama fork 150mm. Justeri, ia menepati cita rasa penunggang yang mahukan sebuah basikal yang lebih mesra kawalan dan lebih mudah dikemudi berbanding ‘abangnya’ yang termasuk dalam kategori ‘sondol saja apa di depan’. Didatangkan dalam 3 pilihan material iaitu Aluminium, Carbon C dan Carbon CC dengan saiz S hingga XXL , kit pemasangan D hingga XX1 AXS Reserve yang mana harganya bermula dari $2899 ke $10499 (USD); sesuai dengan poket kecil hingga ke besar.

Bila bercakap tentang geometri, banyak yang boleh diperkatakan. Dengan cip boleh ubah untuk penyerap hentak yang boleh mengubah laras headtube sebanyak -/+ .3 darjah antara 65.2 dan 65.5, ditambah pula dengan ketinggian BB 344mm membuatkan basikal ini secara teknikalnya di atas kertas, mampu untuk membawa anda naik dan turun trail dengan lebih selesa berbanding Megatower ‘the Megaplower’.

Untuk capaian, Santa Cruz telah menambah 3mm lebih daripada nilai capaian Megatower dengan 428 untuk saiz S hingga 518mm untuk saiz XXL. Cukup? Darjah tube tempat duduk antara 77.1 hingga 76.3 mungkin menjadikan basikal ini lebih selesa dikayuh untuk jarak yang lebih jauh dan di atas pelbagai bentuk muka bumi . Jarak ketinggian berdiri yang rendah juga mungkin memberi kelebihan kepada penunggang di rantau Asia. Menambah ketangkasan basikal ini sudah pastinya Jarak Chainstay yang boleh dianggap pendek iaitu 433mm. Angka yang mungkin sudah cukup tanpa memerlukan cip di belakang seperti Megatower. Dengan pertambahan ini, menjadikan ukuran keseluruhan tayar ke tayar pada 1178mm untuk saiz S hingga 1301mm untuk saiz XXL.

Secara peribadi, penulis beranggapan yang model Hightower terbaru ini lebih sesuai sedikit untuk dijadikan basikal pelbagai guna di Malaysia dan Asia Tenggara yang umumnya mempunyai trail trail yang lebih mesra dan kurang kasar. 

Persoalannya, adakah model Hightower ini dapat mencipta kegilaan seperti mana model Megatower?

Sebelum terlupa… model ini didatangkan dalam dua warna.

Kredit Foto: Santa Cruz

POPULAR

Scroll to Top