TREK LANCAR FUEL EX 9.8 2020

Direka untuk ‘membelasah’ denai dan apa jua ‘terrain’ selain kemampuannya untuk membawa penunggang lebih jauh dalam perlumbaan marathon, FUEl EX 9.8 2020 ditampilkan dalam kerangka karbon ringan OCLV, dipacu oleh teknologi SRAM GX Eagle 1×12 berserta roda karbon. Trek menggunakan suspensi Fox Float Performance dengan penyerap hentak Fox RE:aktiv rekaan Thru Shaft. Model terbaru ini dikategorikan dalam disiplin ‘all mountain’, tampil dalam dua warna (Raw Carbon/Red Cage) pada harga jualan bermula USD$5,499.99.

Selain EX 9.8, Trek turut mengeluarkan EX 9.7, EX 9.9 dan EX8 yang melengkapi barisan keluarga model FUEL EX untuk tahun 2020.

CIRI EX 9.8
1. Ringan, pantas dan sesuai untuk apa jua trail dan jarak kayuhan
2. Penyerap hentak RE: aktiv dengan Thru Shaft berfungsi lebih cepat berbanding penyerap hentak biasa, mencengkam permukaan tanah lebih baik dan memberikan lebih kawalan pada penunggang
3. Ruang simpanan dalaman yang fleksibel untuk simpanan peralatan
4. Pilihan berbeza untuk saiz roda (XS = 27.5″ / S = 27.5″ atau 29″ / M – XL = 29″)
5. Corak warna boleh dikustom menerusi Project One

Jom layan dulu foto-foto rasmi EX 9.8 daripada laman sesawang Trek Bicycles!

SOKONGLAH PENERBITAN TEMPATAN
LIKE, SHARE, COMMENTS TANDA SOKONGAN

POPULAR

Scroll to Top