TAYAR UNTUK SHREDDER KECIL!

One word, AWESOME! Mungkin pasaran untuk basikal enduro kanak-kanak tidak sebesar mana, tapi VEETIRE CO. telah mula menerokainya dengan memperkenalkan Siri Flow Snap dengan Tackee Compound dan ‘tubeless ready’ pada saiz 20 x 2.4 dan 24 x 2.4.

Tayar untuk shredder kecil!

Pada asasnya, tayar ini diinspirasikan bulat-bulat daripada ‘abangnya’ yang bersaing dalam disiplin enduro dan downhill. Casing’ EnduroCORE memberikan tayar ini manfaat untuk ‘climbing’ dan prestasi cengkaman yang meyakinkan ketika menuruni trail pada kelajuan tinggi.

Bunga lebar untuk lebih kestabillan sewaktu di selekoh

Sama untuk All Mountain, Enduro atau Downhill, Flow Snap atau Snap WCE ini patut jadi pilihan untuk shredder kecil anda!

Lebih tangkas dan yakin di trail dengan kecekapan Snap Flow!

SPESIFIKASI
Sebatian bahan: Tackee
Indeks Tekanan Tayar (TPI): 72 psi
Bead: Folding
Tekanan angin: 22.5 – 50 psi

POPULAR

Scroll to Top