SHAHRIEL DAN TASHA BURU PODIUM DI LEBANON

Dua pelumba disiplin downhill negara, Nor Shahriel Haizat Ahmad Nazali dan Siti Natasha Ahmad Basri kini berada di Wardeh Kfardebian, Lebanon untuk kejohanan Asian Mountain Bike Championshio 2019 yang bakal berlangsung selama lima hari.

Dianjurkan oleh Lebanese Cycling Federation di bawah seliaan Asian Cycling Confederation, kejohanan yang melibatkan 15 negara Asia dengan lebih 250 orang delegasi termasuk pelumba dan jurulatih ini melibatkan hanya dua kategori perlumbaan iaitu ‘downhill’ dan ‘cross country’.

Shahriel antara pelumba berpengalaman dalam disiplin ‘downhill’

Tidak banyak informasi yang boleh diperolehi tentang acara ini, namun menurut carian Internet, Wardeh Kfardebian adalah sebuah sebuah ski resort yang agak terkenal di kalangan warga tempatan. Laman FB Asian Cycling Confederation juga tidak menampilkan sebarang info berkenaan, hanya sekadar tarikh dan lokasi acara yang tertera pada laman sesawang mereka. Begitupun, diharapkan semoga kem ‘downhill’ Malaysia dapat memberikan persaingan sengit dan berjaya menyumbang pingat daripada temasya ini.

Aksi Tasha dalam perlumbaan ‘downhil’ awal tahun ini

Shahriel, 28, dan Tasha, 19, menerima tajaan Polygon Bike Malaysia selain beberapa penaja lain. OUTRAGE akan cuba mendapatkan ulasan kedua-dua pelumba dalam masa terdekat. – Editor

POPULAR

Scroll to Top