PENDAFTARAN TOK BOK DH 2019 DIBUKA

Tok Boh DH kembali memeriahkan sirkit perlumbaan downhill negara untuk tahun 2019! Kini dikenali sebagai Kelantan Forestry International Downhill Challenge, acara yang dibawakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan dan Kelab Basikal Lasak Skodayass ini bakal berlangsung pada 14 hingga 15 September depan di Hutan Simpan Cabang Tongkat, Machang Kelantan.

Sebanyak 8 kategori dipertandingkan dan melihat pada sambutan tahun-tahun sebelumnya, Tok Bok DH adalah antara kejohanan tahunan yang sememangnya dinanti-nantikan oleh peminat downhill dalam dan luar negara. Berbeza bagi tahun lepas, kategori baharu Men Hardtail diperkenalkan bagi menggantikan kategori Single Crown.

Penyertaan dihadkan hanya pada 150 pelumba, jadi sahkan slot anda dengan mendaftar hari ini! Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi urusetia di talian 019 013-9238606 (Marzukey) atau 013-9748001 (Azim) atau ikuti FB @skodayass.

Pautan pendaftaran: www.mountainbiker.my/v1/event/kfidh2019

POPULAR

Scroll to Top