LIVE UNCAGED | YT BUKA RUANG PAMERAN BAHARU

Ramai yang beranggapan YT akan kehilangan ‘aura’ apabila menggugurkan Aaron Gwin setelah beberapa tahun bersama. Apa tidaknya, menerusi kemenangan dan karisma Gwin dalam sirkit UCI Downhill, YT berjaya meletakkan namanya setanding jenama-jenama terkemuka lain yang jauh lebih pengalaman. Namun syarikat yang berasal daripada Jerman ini tidak terus berundur, sebaliknya giat melakukan penguasaan pasaran dengan beberapa strategi baharu. Kali ini, mereka kembali dengan konsep ruang pameran yang dipersonalisasikan untuk menyerlahkan pengalaman peminat dan pembeli jenama YT. Digelar sebagai YT MILL, ruang pameran pertama YT ini terletak di San Clemente, California, USA dan mula dibuka April lalu.

Pusat operasi pertama YT di USA setelah kerjasama dengan Cam Zink berakhir

Ketika mula bertapak di negara Uncle Sam ini pada 2015, operasi pengedaran dilakukan oleh Cam Zink dan saudaranya di Reno, Nevada sebelum YT memutuskan untuk mewujudkan subsidiari YT Industries USA Inc pada awal Januari 2017.

Jamu mata sepuas-puasnya!
Antara model replika yang dipamerkan di sini

Demonstrasi produk, lounge pengunjung dilengkapi kemudahan F&B dan dek santai, jualan pakaian dan aksesori, servis profesional serta memorabilia basikal perlumbaan milik pelumba-pelumba terdahulu YT turut dipamerkan di sini. Malah, pengunjung juga berpeluang melihat secara dekat kerangka replika YT yang digunakan untuk Red Bull Rampage 2018 dan YT TUES 29 CF Pro Race yang digunakan Angel Suarez sekarang.

Aksesori dan kelengkapan #GoodTimes
Tumbler dan mug pun ada!
YT Mob kini diterajui oleh pelumba utama Angel Suarez

Ketika ini, YT masih meneruskan program ‘The Search of Next Young Talent’ yang dibawa menerusi video atas talian dan dihoskan oleh Martin Whiteley (Pengurus YT Mob) dan Angel Suarez. Menurut perancangan, pencarian ini akan merentasi 6 benua dan berakhir di Granada Spain manakala rider yang terpilih akan menyertai pasukan YT Mob bagi tahun 2020. Kata Markus Flossman, CEO dan Pengasas YT Industries; “Hasrat kami ialah untuk untuk mencari dan mencungkil bakat-bakat muda. YT Industries teruja untuk bekerjasama dengan Martin kerana ini merupakan asas kepada akar umbi jenama kami, iaitu memberi peluang kepada Young Talent untuk menunjukkan potensi dan membuktikan kemampuan mereka dalam sukan ini.”

‘Tuning’ profesional daripada mekanik terlatih YT

INFO RINGKAS YT MILL
Lokasi:
211 Calle Pintoresco
San Clemente, CA 92629

Waktu Operasi:
Selasa – Jumaat: 10 pg – 7 ptg 
Sabtu: 9 pg – 4 ptg
Ahad: 9 pg– 3 ptg

SOKONGLAH PENERBITAN TEMPATAN
KLIK LIKE / SHARE SEBAGAI TANDA SOKONGAN

POPULAR

Scroll to Top