KISAH RIDER TERAWAL TAWAN PUNCAK JERAI DENGAN HARDTAIL 27 TAHUN LALU!

Sewaktu melayari FB MTB Malaysia baru-baru ini, team OUTRAGE tertarik dengan satu posting daripada seorang pelayar yang memaparkan foto vintaj beliau dan rakan di puncak Gunung Jerai, Kedah. Kami ingin mengetahui kisah di sebalik foto unik ini, justeru kami telah menghubungi beliau untuk bertanya lebih lanjut. Memang langkah kanan kami, tuan empunya foto sudi berkongsi pengalaman berharga beliau 27 tahun lalu. Jutaan terima kasih buat Tuan Sharudin Senapi atas perkongsian di bawah.
SOKONGLAH PENERBITAN TEMPATAN – LIKE, KONGSI DAN KOMEN ARTIKEL MENGGUNAKAN IKON SOSIAL DI ATAS! – Team OUTRAGE

S:Salam Tuan Sharudin. Terima kasih luangkan masa bersama OUTRAGE. Soalan pemanas badan, boleh kongsi sikit tempat makan yang menarik di daerah tuan?
J: Kalau yang sempoi tu, saya boleh cadang Cendol Pulut Kaki Gunung Jerai. Balun semangkuk dulu, baru ada tenaga nak panjat!

S:Cerita sikit latar tentang latar belakang diri dan antara kenangan awal berbasikal. Ikutkan pada foto di puncak tu, umur berapa ketika itu?
J:
Biodata Ringkas
Nama: Sharudin bin senapi
Asal: Perlis
Lahir: 31 Jan 1975
Sekolah : Sekolah Menengah Khir Johari
Menetap: Sungai Petani sejak 1988
Kami tinggal di taman yang sama iaitu Taman Bunga Raya Sungai Petani Kedah. Pada masa itu kami aktif dengan aktiviti Jabatan Perpaduan di bawah Jiran Muda. Jadi malam-malam kami akan membuat aktiviti rondaan taman dengan basikal. Mula dengan itulah kami start bentuk kumpulan basikal Taman Bunga Raya. Pada masa tu tak ramai, dalam 10 orang sahaja. Yang pergi membuat dakian hanya 4 orang. Masa itu umur kami 17 tahun (Tingakatan 5). Kami bertolak dari Sungai Petani untuk mendaki sejauh 40km dan naik Jerai dalam 12km.

S: Macam mana tercetusnya idea nak mengayuh ke puncak Gunung Jerai? Ada buat apa-apa persediaan fizikal sebelum itu? Macam mana pula dengan bekalan (makan/minum)?
J: Idea timbul setelah kami selalu ke lokasi air terjun di Merbok menaiki basikal. Setelah beberapa modifikasi basikal dibuat, terasa ingin cabaran lebih dengan mendaki Gunung Jerai. Kayuhan kami ke air terjun sekitar 80km pergi dan balik! Persediaan makanan kami bawa dari rumah. Beg yang dibawa pada masa itu pun tak secanggih sekarang yang kompak.

S: Basikal apa yang ditunggang? Boleh jelaskan tentang fizikal mountain bike yang tuan miliki waktu itu? Kelebihan dan kekurangan.
J: Basikal jenama Shimano. Frame besi. Fork tak absorb (tiada suspensi depan).
Kelebihan:
Murah, senang servis sebab part mudah masuk dengan kedai-kedai basikal biasa.
Kekurangan:
Berat.

Zaman Hell’s Angels tak pakai helmet!
(OUTRAGE menasihatkan semua rider untuk mengenakan topi keledar ketika berkayuh :D)
Masing-masing layan korner untuk sesi foto


S: Ada peristiwa yang menarik untuk dikongsi ketika di kaki gunung atau sewaktu berkayuh ke puncak? Berapa lama ambil masa untuk sampai?
J: Memandangkan kali pertama kami naik situ dan rasanya kami lah orang pertama naik Gunung Jerai dengan basikal kerana semasa pendakian kami telah disoal siasat oleh Jabatan Perhutanan. Mereka memaklumkan belum ada orang naik basikal ke sini. Jadi mereka minta supaya kami berhati-hati. Jalan pendakian masa tu juga agak sempit dan bukan seperti sekarang. Pada masa itu cuaca amat-amat sejuk dan jalan sentiasa dipenuhi air. Masa yang diambil adalah 1 jam 30 minit.

Bersama sahabat-sahabat seperjuangan

S: Apa perasan bila dah sampai ke puncak? Pada pengetahuan tuan, pernahkah mana-mana pengayuh lain yang pernah sampai terlebih dahulu? Waktu turun pula macam mana, ada kenangan yang boleh dikongsi?
J: Cukup gembira dan ternyata basikal murah kami mampu untuk sampai. Memang tidak ada orang lain. Kami yang pertama sampai dengan basikal ketika itu. Waktu turun memang kami mengalami kesukaran. Ini kerana jalan yang sentiasa lembap dan kami tidak menggunakan brake disc. Sehinggakan kami terpaksa menggunakan kaedah drifting pada tayar belakang.

Senyum kepuasan setelah sampai ke puncak Jerai

S: Lepas kayuhan pertama tu, pernah buat kayuhan yang seterusnya? Kalau ya, sudah berapa kali tuan ‘menawan’ puncak Gunung Jerai dengan basikal.
J: Selepas itu kami pergi sekali lagi kemudian kami stop sebab exam dah hampir. Untuk ekspedisi Gunung Jerai dengan basikal pada tahun itu kami buat 2 kali sahaja. Sekarang saya mulakan semula kayuhan pendakian Gunung Jerai. Kayuhan solo pendakian saya buat pada bulan Mac 2019. Saya akan mendaki 4 kali dalam masa seminggu. Ini kerana rumah saya sekarang sudah hampir dengan Gunung Jerai.

S: Mohon kongsi tips untuk rider-rider yang bercadang nak berbasikal ke puncak Gunung Jerai. Lebih-lebih lagi tentang hal keselamatan. Kalau ada ‘pantang-larang’, boleh juga senaraikan.

  1. Warming up. Sila buat kayuhan di kaki gunung dahulu sekitar 1ke 2 km, kemudian baru mulakan pendakian. Cukup penting untuk jantung anda. Jangan terus mendaki.
  2. Brek: Pastikan penggunaan brake disc untuk MTB dan untuk RB sila pastikan cengkaman pada tahap yang baik.
  3. Lampu: Sila pasang sepanjang pendakian dan penurunan. Terutama masa downhill. Kadang kereta tak akan nampak kita sebab suasana memang gelap. Kita pula turun tanpa ada sistem hon macam kenderaan yang lain.
  4. Sentiasa memakai topi keledar masa naik dan turun.
  5. Lakukan peringkat demi peringkat. Ini kerana Gunung Jerai ada 6 tahap.
    Pondok 1 hingga 4. Muzium kemudian puncak. Pengalaman saya setelah  27 tahun, sebulan baru saya boleh sampai puncak dengan umur 40an ni.

S: Tuan nampaknya masih aktif mengayuh. Apa aktiviti rutin kayuhan sekarang? Pernah sertai mana-mana perlumbaan secara serius setakat ini?
Saya baru ja aktif balik pada bulan March 2019 ni. Sekarang untuk Gunung Jerai saya akan spend 4 hari dalam seminggu untuk pendakian. 1 hari untuk hiking bersama family. Untuk jalan biasa saya akan ambik paling kurang 30km kayuhan. Trek sekitar Gurun, Pendang dan Yan.  Setelah 27 tahun saya tak pernah kayuh serius seperti sekarang. Saya selalu masuk fun ride sekarang. Paling jauh 89km. Untuk perlumbaan, insya Allah akan masuk selepas betul-betul saya rasa mampu untuk bersaing.

Foto terkini di Puncak Jerai


S: Kalau boleh ‘reverse balik’ masa, apa teknologi/barangan dari masa sekarang yang tuan rasa nak bawa sekali waktu kayuhan 1992 tu?
J:

  1. Fork. Pada masa tu kami sanggup modify fork motosikal untuk dimasukkan pada MTB. Gagal kerana terlalu berat!
  2. Speedo wireless. Zaman tu pakai wayar. Berserabut.
  3. Carbon fibre. Zaman kami mahal. Tak mampu. Sekarang dah mudah diperolehi.
  4. Belian online. Kalaulah zaman tu ada source untuk belian online macam sekarang.
  5. Strava. Kami tak ada rekod untuk aktiviti itu
  6. Kamera digital atau smartphone. Kami menggunakan kamera Kodak masa tu jadi tak semua gambar diambil dapat diproses dengan baik.
  7. Tambahan: Lagu semangat kalau naik gunung, Hijau Bumi Tuhan XPDC. Hehe.

SOKONGLAH PENERBITAN TEMPATAN
KLIK IKON SOSIAL DI ATAS UNTUK BERKONGSI ARTIKEL INI

POPULAR

Scroll to Top