KEPENTINGAN NECK BRACE DARIPADA 3 INSIDEN INI

DAN ATHERTON, 2010
Tragedi yang menimpa Dan memang luar jangkaan. Ketika sesi perfileman rancangan ‘The Atherton Project’ pada 2010, Dan terjatuh dan mengalami kecederaan serius pada leher. Tulang C1 beliau patah 4 bahagian namun Dan bernasib baik kerana masih bernyawa. Ketika kejadian, Dan menunggang BMX di trail kebiasaannya.

Mujur diberikan rawatan segera

Apa yang menakjubkan, Dan tidak lumpuh dan setelah 10 bulan menjalani rawatan, pelumba British ini kembali pulih daripada kecederaan ngeri tersebut. Malah, beliau terus aktif dalam dunia MTB dan terkini merupakan ‘mastermind’ kepada Red Bull Hardline, salah satu daripada perlumbaan downhill mountain bike paling ‘hardcore’ di dunia. Dan juga adalah pembina trek DYFI BIKE PARK di Wales, antara trek latihan pilihan atlet Atherton Bikes.

Dan pulih dengan pantas daripada kecederaannya

SAM WILLOUGHBY, 2016
Bintang BMX Australia ini terjatuh ketika sesi latihan di trek Chula Vista, San Diego yang menyebabkan tulang belakangnya patah pada C6 dan C7, sekali gus memberi impak kepada saraf tunjang. Akibatnya, Sam langsung tidak merasai sebarang pergerakan daripada bahagian dada ke bawah.

Ketika ditemubual rancangan 60 MINUTES

Untuk mengelakkan daripada kecederaan yang lebih teruk, pakar bedah terpaksa mengeluarkan tulang C6nya dan digantikan dengan ‘cage’ titanium, selain tulang C5 dan C7 dipakaikan ‘plate’ bersama 4 skru.

Walaupun hampir 3 tahun berlalu, Sam masih kekal dalam kondisi ‘tetraplegic’, di mana beliau lumpuh separa badan. Begitupun, beliau bertuah kerana isterinya yang juga juara dunia BMX, Alise Willoughby, sentiasa memberi sokongan untuk pulih. Sam kini giat menjalani terapi pemulihan neuro di bawah pengawasan pakar, Shane Paulson.

Sam masih gigih dalam dunia BMX

CECILE RAVANEL, 2019
Insiden terkini melibatkan juara Enduro World Series (kategori Wanita) dari France, Cecile Ravanel yang terlibat dalam kemalangan sewaktu latihan Mac lalu. Tulang belakang C5 dan C6 beliau patah dan menekan saraf ‘dorsal’ D4 dan D5. Akibatnya, Cecile pengsan dan dikejarkan ke hospital di Nice, Perancis untuk rawatan lanjut. Seperti Dan, Cecile amat bernasib baik kerana tidak lumpuh.

Cecile pengsan selepas kemalangan dan dibawa ke hospital menggunakan helikopter

4 minggu selepas kemalangan, Cecile mampu untuk berjalan seperti biasa meskipun perlu memakai pendakap leher (neck brace). Malah, beliau sempat diteruramah oleh VitalMTB mengenai status kesihatannya, perlumbaan EWS dan perancangan beliau untuk kembali ke EWS kelak. Terkini, Celice telah menjalani pemindahan tulang tidak lagi memerlukan sokongan pendakap leher, malah beliau aktif memberi ‘coaching’ pada atlet muda pasukannya, Commencal Vallnord Enduro Team.

Juara EWS 2018 kini giat melatih pasukan muda Commencal

Kredit Foto: Pinkbike

POPULAR

Scroll to Top