KAYUHAN MERDEKA RODALINK 2019 – PENDAFTARAN KINI HANYA RM50!

Rodalink telah mengumumkan bahawa yuran pendaftaran acara ini telah diturunkan kepada RM50 untuk semua kategori berikutan tajaan yang baru diterima. Malah, peserta-peserta yang telah membuat bayaran awal pendaftaran akan turut menerima ‘refund’ dalam tempoh 14 hari!

Kayuhan Merdeka Rodalink 2019 adalah acara santai yang sesuai untuk seisi keluarga dan terbuka untuk semua jenis disiplin basikal. Bermula di premis Rodalink Elmina, peserta akan melalui laluan yang membawa mereka merentasi lanskap hijau kejiranan baharu ini sejauh 30 kilometer. Peta laluan kayuhan akan diumumkan oleh Rodalink dalam masa terdekat. Namun begitu, bagi pengayuh baharu mahupun yang datang bersama keluarga, anda tidak perlu risau kerana Rodalink menyediakan ‘escort’ bagi pengayuh santai. Malah, peserta turut menikmati perlindungan insurans yang didatangkan bersama yuran penyertaan.

Kit penyertaan termasuk pingat, kemeja-T, jamuan ringan dan cabutan bertuah yang menawarkan hadiah-hadiah menarik termasuk sebuah basikal Polygon Xtrada 5 bernilai RM1,999. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 30 Julai 2019 atau apabila mencapai 200 penyertaan.

Cabutan bertuah menawarkan hadiah-hadiah lumayan!

Seiring dengan sambutan kemerdekaan, Kayuhan Merdeka Rodalink adalah simbolik kepada meraikan penyatuan yang terjalin antara sesama peserta kayuhan. Sama ada anda seorang pengayuh Road Bike, MTB, Foldie, BMX ataupun Touring, kayuhan ini diharap dapat mengukuhkan lagi integrasi antara sesama pengayuh dalam sebuah acara sukan yang santai dan menyeronokkan bagi semua peringkat umur. Jom serlahkan SEMANGAT MERDEKA anda dalam KAYUHAN MERDEKA RODALINK 2019!

Rujuk tentatif acara untuk anda yang telah mendaftar!

INFO RINGKAS
Nama Acara: Kayuhan Merdeka Rodalink 2019
Penganjur: Rodalink Malaysia
Jarak Kayuhan: 30KM
Lokasi Kayuhan: Sekitar bandar Elmina
Lokasi Pelepasan: Rodalink Elmina
Disiplin Kayuahan: Terbuka
Tarikh: 1 September 2019 (Sabtu)
Masa: 7 pagi – 1 tengah hari
Yuran: RM50 (terkini)
Kit Peserta: Pingat, Kemeja-T, Insurans Perlindungan, Jamuan Ringan, Cabutan Bertuah
Pendaftaran: dalam talian http://bit.ly/rodalinkmerdekaride2019 (sila daftar di komuniti Rodalink terlebih dahulu di https://community.rodalink.com/)
Maklumat lanjut: 012-7662822 | 03-7832 3518

POPULAR

Scroll to Top