ION LEBARKAN SAYAP KE 2ESCAPE

PETALING JAYA, 13 Julai: ION BIKE MALAYSIA terus mengukuhkan kedudukan jenama mereka dengan pembukaan stor kedua berkonsep ‘store-in-store’ di 2Escape, baru-baru ini.

Lokasi 2Escape sangat mudah diakses oleh warga Lembah Klang

Menampilkan koleksi terkini 2019, antara produk ION yang boleh didapati di sini termasuklah busana basikal, kelengkapan perlindungan peribadi (PPE), sarung tangan dan kasut. Sempena meraikan pembukaan ini, ION turut menawarkan diskaun hingga 40% untuk barangan terpilih.

Acara yang berlangsung hampir 2 jam ini juga dimeriahkan dengan sesi perkongsian duta jenama ION, Fadzlee Ariff mengenai status kecederaan dan proses pemulihannya. Selain Fadzlee, turut hadir ialah Tan Soon Soon (duta ION), Marcus Liau (ION Bike) dan Aaron Chow (2Escape).

Sambil menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh penganjur, tetamu berpeluang melihat sendiri rangkaian produk ION yang dipamerkan di tingkat atas.

Berminat nak dapatkan produk ION? Kunjungi stor baharu ION di alamat berikut:

2Escape
9, Lorong 51A/227C, Seksyen 51A,
Petaling Jaya,
46100 Petaling Jaya, Selangor

POPULAR

Scroll to Top