DEUTER MTB JAMBOREE 2019 – TRAIL YANG SECUKUP RASA!


Denai, sungai, bukit, kerikil dan bermacam lagi. Semuanya diadun secukup rasa untuk memberikan peserta ‘nikmat kayuhan’ dalam DEUTER MTB JAMBOREE 2019 yang bakal berlangsung September ini!

Dibawakan oleh Universal Fitness Leisure Sdn Bhd (UFL) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), jamboree dengan laluan berjarak 40km (+-) ini akan membawa peserta merentasi kehijauan alam yang mengasyikkan. Melihat foto-foto yang disiarkan di FB acara, penulis sendiri teringin untuk merasai sendiri cabaran dan keseronokan menyelusuri setiap ‘natural feature’ yang disajikan dalam kayuhan ini.

Mempertaruhkan 8 kategori berbeza, penganjur turut berkongsi ganjaran yang bakal dibawa pulang; wang tunai, barangan tajaan dan plak selain kategori khusus untuk King Of Mountain dan Penyertaan Kelab/Pasukan Terbanyak. Malah, setiap peserta turut berpeluang memenangi cabutan bertuah!

Dengan yuran penyertaan bernilai RM70 (kadar ‘early bird), setiap peserta akan menerima kemeja-T, nombor plat dan pengikat, beg hadiah, pingat ‘finisher’, cabutan bertuah dan jamuan ringan. Malah, peserta turut berpeluang menyertai sesi ‘Welcoming BBQ Dinner Party’ pada malam pra-jamboree bertempat di Scholar’s Suite Cafe (UPSI) dengan bayaran khas. Persembahan, suai kenal dan soal jawab bersama ‘rider elite’ adalah antara acara yang diatur istimewa oleh penganjur.

Kemeja-T rekaan ringkas tapi bergaya
Tawaran istimewa untuk peserta yang memilih untuk menginap di sini


Pastinya, DEUTER MTB JAMBOREE 2019 adalah antara ‘sirkit’ jamboree yang ditunggu-tunggu oleh peminat MTB khususnya dalam displin ‘cross-country’. Melihatkan segala pakej yang ditawarkan terutama sekali laluan ‘secukup rasa’ yang disajikan, penulis pasti ia akan mendapat sambutan hangat daripada ‘kaki kayuh’ seluruh Malaysia. Penyertaan boleh dilakukan atas talian sekarang sebelum tarikh tutup pada 9 Ogos 2019. Jadi, apa tunggu lagi? Sahkan penyertaan anda hari ini di https://gooutdoor.com.my/deuter-mtb/

DEUTER MTB JAMBOREE 2019
Tarikh: 8 September 2019
Lokasi: Arena UPSI, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kampus Sultan Azlan Shah, Tanjung Malim, Perak
Jarak: + – 40KM
Masa Acara: 7.00pg – 1.00tgh.
Pelepasan: 8.00pg.
Waktu ‘Cut-Off’: 12.00tgh.
Tarikh Tutup Pendaftaran Dalam Talian: 9 Ogos 2019
Penganjur: Universal Fitness Leisure Sdn Bhd (UFL)
Rakan Penganjur: Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
Pungutan Pek Perlumbaan:  Scholar’s Suites UPSI (7 September 2019 / 11pg. – 6ptg.)
Butiran Lanjut: FB @deuterMY

POPULAR

Scroll to Top