CABAR DIRI DI INTERNATIONAL CHIANG MAI ENDURo 2019!

International Chiang Mai Enduro 2019 (ICE) adalah antara salah satu perlumbaan enduro terkemuka di Asia. Berlokasikan bandar Chiang Mai di utara Thailand, atau dikenali sebagai ‘Rose of the North’, para peserta dari seluruh dunia berpeluang merasai kenikmatan ‘trail flowy’ Chiang Mai yang panjang dan mengasyikkan!

Chiang Mai menerusi pergunungan Doi Suthep mempunyai trail dengan ‘feature’ lengkap!

Dianjurkan oleh Trailhead Thailand, sebuah syarikat ‘bike touring’ terkemuka yang menawarkan khidmat kembara dan panduan berbasikal di Chiang Mai, temasya tahunan ini juga disokong oleh pelbagai pertubuhan dan kumpulan sukarelawan tempatan yang berganding bahu memberikan pengalaman sukan pelancongan terbaik untuk peserta. Selain Trailhead Thailand, temasya kali ini turut dibawakan bersama oleh rakan penaja Thai Airways. Namun jika dilihat daripada segi penajaan, ICE 2018 mendapat penglibatan hampir 16 jenama terkemuka dunia termasuk ENVE, OHLINS, BUFF, SRAM, SPECIALIZED dan CAMELBAK.

Kelibat antara jenama terkemuka tunggangan pelumba di ICE 2018

Temasya 4 hari ini menawarkan pengalaman perlumbaan bertaraf dunia, pilihan penginapan selesa, sistem pemasaan piawaian global, beraneka sajian makanan tempatan dan serta trail-trail popular di sekitar bandar ini. Bagi anda yang pernah ke sini, Chiang Mai tidak pernah sesekali mengecewakan pelancong dengan kemesraan yang dipamerkan oleh penduduk tempatan.

Tarian tradisional turut memeriahkan temasya pembukaan ICE 2018

ICE 2019 telah dipilih sebagai lokasi untuk Siri Continental Asia-Pasifik Siri Enduro Dunia – acara terbesar dan julung kali diadakan di Thailand. Sebelum ini, ICE 2017 dan ICE 2018 mendapat sambutan luar biasa daripada pelumba dalam dan luar Asia, termasuk pelumba profesional EWS Phil Atwill (Propain) dan Codey Kelley (Alchemy). Kedua-dua mereka mendominasi podium untuk Kategori Elite Men.

Mungkin basikal Propain pertama yang menuruni Doi Suthep?

Bagi tahun 2019, ICE mempertaruhkan 6 kategori keseluruhan seperti di bawah:
Elite Men | 18+
Elite Women | 18+
Master A | 30-39
Master B | 40-49
Master C | 50+
Junior | 17-

Pemakaian nombor perlumbaan di belakang jersi bagi ICE 2018
Pelumba berbaris menunggu pelepasan di salah satu trail pada ICE 2018
Race it the way you want!

Sehingga artikel ini diterbitkan, ICE belum mengeluarkan sebarang ‘guide book’ perlumbaan seperti kebiasaannya, namun kami pasti ia akan dikeluarkan tidak lama lagi. Guide book ini sangat-sangat penting untuk peserta kerana mengandungi maklumat ‘airport transfer’, pendaftaran perlumbaan, ‘uplift service’, ‘trail map’, nombor ‘support staff’ dan kecemasan selain beberapa lagi informasi penting berkenaan syarat dan peraturan ringkas perlumbaan.

Umpama ‘gathering enduro’ yang menghimpunkan penyertaan dalam dan luar Asia!

BUTIRAN RINGKAS ICE 2019
YURAN: 4,800 THB (pendaftaran dibuka sekarang hingga 15 Nov atau apabila penuh)

Harga Termasuk:
Pengalaman berlumba bersama peserta dari seluruh dunia!
Pemasaan perlumbaan Sportident
4 hari ‘Uplift Service” | 2 kali sehari ketika latihan (28-29 November), dan sekali pada setiap hari perlumbaan ICE
Yuran Taman Negara untuk 28 November -1 Disember
Pingat penamat perlumbaan (jika selesai)
Majlis makan malam penutupan
Kit perlumbaan
Sumbangan kepada badan amal
Peluang untuk memenangi hadiah bernilai lebih dari 100,000 THB
Foto berkualiti profesional
40+ ‘support team’ yang didedikasikan untuk peserta

Jadi, apa tunggu lagi? Ini peluang untuk ‘kaki enduro’ mencabar diri dalam perlumbaan bertaraf global! Boleh jalan-jalan, boleh makan-makan, boleh layan massage Thai (hehehe) dan paling penting, kos perjalanan pun tak semahal kos untuk ke Megavalanche!

Cepat, daftar sekarang di laman web rasmi ICE di http://www.internationalchiangmaienduro.com/

SOKONG PENERBITAN TEMPATAN |
LIKE, SHARE, COMMENTS TANDA SOKONGAN!

POPULAR

Scroll to Top