ANDA WAJIB BELI PAM ELEKTRIK TERKECIL DI DUNIA INI!

Berdepan dengan situasi yang memerlukan penggunaan pam angin sememangnya melecehkan. Ketika ini, rider hanya mempunyai pilihan sama ada untuk membawa pam mini atau kit kanister CO2, yang mana kedua-duanya mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Pam mini umpamanya, memerlukan penyangkut khas atau perlu dibawa dalam beg. Manakala kit kanister CO2 pula walaupun bersaiz kecil dan boleh dipakai-buang, kos penggunaan mungkin sedikit tinggi dan merugikan jika anda hanya perlukan sedikit tekanan angin.

Justeru, sebuah syarikat daripada Australia telah membangunkan pam elektrik terkecil yang khusus untuk penggunaan pengayuh basikal. Dikenali sebagai Fumpa Pumps, versi kedua produk ini mempunyai lebih banyak kelebihan berbanding dua peralatan konvensional yang disebutkan awal tadi. Prinsip pembangunan produk ini mudah, bina sebuah pam elektrik yang mudah, ringan dan mengepam dengan pantas. Fumpa Pumps ditampilkan dalam dua unit, Fumpa dan miniFumpa.

Antara ciri-ciri menarik produk ini ialah rekaan kompresor anginnya yang dipaten, ia menggunakan udara di sekeliling untuk mengepam tayar dengan kelajuan yang mengagumkan! Bagi teknologi motor, Fumpa Pumps dilengkapi motor ‘brushless’ yang menjana kuasa kepada kompresor. Pam ini menggunakan batery lithium-polymer yang boleh dicaj semua, dan proses mengecaj adalah semudah menyambungkannya kepada sumber kuasa menerusi panel dan kabel USB yang disediakan. Untuk mengelakkan sebarang kerosakan atau impak terhadap komponen dalaman, lapisan luaran Fumpa Pumps direka untuk mengurangkan gegaran dan menstabilkan suhu kompenen terutama kompresor. Manakala paparan LCD dan sensor tekanan digital pula memberikan tekanan tepat dalam unit psi, kPa dan Bar.

Mengepam angin sepantas 30 saat untuk saiz tayar tentu
miniFumpa sangat berguna jika anda terlibat dalam perlumbaan

Menurut pengeluar, komponen Fumpa Pumps didatangkan dari Jepun, Sepanyol, USA dan China, namun pemasangan dan ujian akhir adalah di Melbourne, Australia. Penggunaan adalah merangkumi semua jenis basikal dengan injap Presta mahupun Schrader, dan setiap pam yang dicaj sepenuhnya mampu mengepam hingga enam unit tayar road bike standard. Untuk mendapatkan caj penuh, tempoh masa yang diperlukan adalah lingkungan 1-2 jam untuk miniFumpa dan 2-3 jam untuk Fumpa. Bagi setiap unit, baterinya boleh digantikan dan jangka hayat bateri baharu adalah antara 3 – 6 tahun. Pengeluar turut memberikan jaminan 1 tahun terhadap sebarang kecacatan pembuatan pada semua komponen dan penggantiannya adalah percuma.

Berminat nak dapatkannya? Anda boleh hubungi atau kunjungi pengedar Fumpa Pumps Malaysia di alamat di bawah:


Specialized Concept Store Bangsar
No.4-2, Lorong Maarof,
Bangsar, Kuala Lumpur.
Tel: 03-2201 8993

INFO TEKNIKAL RINGKAS
Fumpa
Saiz: 1.7×2.9×3.5 in. (42x73x87mm)
Berat: 380 grams
Mampu mengepam 6 tayar dalam 1 caj penuh
Ukuran tekanan digital yang tepat
Untuk injap Presta and Schrader
120psi tekanan angin maksimum
0-100psi: 20-25 saat (tayar 700x23c)
Caj menerusi kabel USB

miniFumpa
Saiz: 1.3×2.2×2.7 in. (32x56x68mm)
Berat: 190 grams
Mampu mengepam 2 tayar dalam 1 caj penuh
Untuk injap Presta sahaja
120psi tekanan angin maksimum
0-100psi: 40-50 saat (tayar 700x23c)
Boleh dimuatkan dalam poket jersi
Caj menerusi kabel USB

SOKONGLAH PENERBITAN TEMPATAN
LIKE | SHARE | COMMENT PADA IKON MEDIA SOSIAL SEBAGAI TANDA SOKONGAN

POPULAR

Scroll to Top