ALCHEMY NINE7FIVE – PENERAJU KONSEP MULLET BIKE?

Setelah dikejutkan pada awal pra musim dengan kehadiran basikal perlumbaan enduro dan downhill saiz tayar campuran digelar oleh industri sebagai ‘mullet bike’, rata-rata peminat dan pengikut sukan ini amat skeptikal dengan prestasinya kelak. Ada yang beranggapan ianya hanya satu sandiwara pengeluar. Dengan hanya berbekalkan model sedia ada, pemain-pemain industri hanya menukar saiz tayar dengan 27.5 di belakang dan 29 di depan.  Namun segala pandangan negatif mula diketepikan setelah kemenangan signifikan Martin Maes di perlumbaan pra musim Enduro World Series 2019 di NZ Enduro. Tidak berhenti setakat itu, Martin Maes dengan tayar saiz campurannya terus memenangi siri demi siri.

Walaupun dengan keputusan yang mengujakan daripada eksperimen ini, masih tiada lagi pemain industri yang berani mengeluarkan model tayar campuran secara komersial. Namun tidak bagi jenama daripada Colorado USA ini. Menerusi model Nine7Five, Alchemy menjadi yang pertama secara rasmi mengeluarkan model saiz tayar campuran dengan geometri khusus.

Cody Kelly: “Pusat graviti yang rendah menjadikan basikal ini tangkas di selekoh”
Rekaan kerangka yang ringkas
Logo Alchemy yang unik, umpama mata yang memerhati (The Eyes!)

Menggunakan platform rekaan standard mereka iaitu ‘dual linkage-Sine Suspension’ oleh David Earle, model Nine7Five ini mempunyai 160mm front travel dan 140mm rear travel. Alchemy mengesyorkan penyerap hentak depan Fox 36 yang ringan namun keras dengan offset 44mm.

Info Teknikal Ringkas
Sudut condong kepala                  65 darjah
Capaian                                          417mm-481mm
Panjang tiub tempat duduk           410mm-518mm
sudut condong tiub tempat duduk 74.5 darjah
Chainstay                                       438.5mm
Wheelbase                                   1160mm-1244mm

Mullet Bike: Adakah ini bakal menjadi standard baharu dalam pasaran basikal enduro kelak?
Cody teruja dengan setup eksperimentasi Alchemy

Model ini didatangkan dengan saiz S ke XL dengan 4 pilihan binaan iaitu GX Eagle, XT, XO1 Eagle dan XTR. Harga yang ditawarkan sekitar USD5,399- USD9,499.

Untuk pasaran sekitar Asia Tenggara, model Alchemy dibawa oleh Bike Nest LLP, Singapura. Persoalannya, siapa dari Malaysia akan pakai dahulu?

SOKONGLAH PENERBITAN TEMPATAN
KLIK IKON MEDIA SOSIAL DI ATAS SEBAGAI TANDA SOKONGAN ANDA!

POPULAR

Scroll to Top