5 KECEDERAAN UMUM PENUNGGANG ROAD BIKE

Setiap disiplin sukan berbasikal pasti ada risikonya. Pemakaian Kelengkapan Perlindungan Diri (Personal Protective Equipment – PPE) mungkin lazim bagi peminat enduro mahupun downhill MTB, namun bagi penunggang road bike (atau roadie), PPE yang ada hanyalah topi keledar dan tidak lebih daripada itu. Justeru, 5 kecederaan yang disenaraikan di bawah antara yang paling umum di alami oleh penunggang roadie, baik amatur mahupun profesional.

ROAD RASH
Luka jatuhan atau juga dikenali sebagai ‘road rash’ di kalangan peminat sukan berbasikal ini adalah kecederaan yang paling lazim terjadi. Bahagian badan yang sering berisiko adalah pada sendi seperti siku atau lutut, peha, tapak tangan serta bahagian tubuh yang bertisu lembut.

Pedih disagat tar jalan!

PATAH TULANG SELANGKA
Kecederaan ini boleh dikategorikan sebagai kecederaan yang paling serius dan paling ditakuti oleh para roadie. Patah tulang selangka sering berlaku di dalam acara-acara besar yang melibatkan roadie pada skala yang besar seperti Century Ride dan juga kayuhan berkumpulan. Kebiasanny, bagi setiap sukan yang melibatkan kelajuan serta berimpak tinggi, kecederaan ini terjadi bukan sahaja akibat kemalangan tetapi juga kerana cubaan untuk mengelak daripada terlibat dalam kemalangan ketika berkayuh. Ketika kemalangan terjadi, tindakan refleks rider pastinya melepaskan tangan daripada hendal basikal untuk menampan diri apabila terjatuh. Impak daripada refleks ini menyebabkan bahagian tulang selangka yang berbentuk ‘S’ untuk patah.

Tulang selangka atau ‘collar bones’ mudah terdedah pada kecederaan

KECEDERAAN PERGELANGAN TANGAN
Mempunyai kaitan dengan penyebab kepada patah tulang selangka, pergelangan tangan juga berisiko untuk cedera akibat tampanan tangan. Kecederaan ini melibatkan bahagian tulang karpal (scaphoid) yang cenderung untuk terseliuh atau lebih parah, patah kerana impak daripada terjatuh.

Jika pergelangan tangan tercedera, prestasi kayuhan mungkin terjejas

KECEDERAAN LUTUT
Kekerapan kayuhan tanpa rehat yang mencukupi untuk otot-otot lutut untuk pulih antara faktor yang menjurus kepada kecederaan ini. Selain itu kecederaan lutut boleh juga terjadi akibat bike fitmen yang tidak tepat atau salah.

GEGARAN KEPALA (HEAD CONCUSSION)

Kecederaan kepala boleh terjadi bukan sahaja di dalam kayuhan berkumpulan tetapi juga ketika berbasikal seorang diri. Impak di bahagian kepala boleh menyebabkan gegaran otak dan menghasilkan perubahan kimia yang merosakkan sel dan tisu otak. Gejala seperti pening, pengsan atau lebih teruk lagi lupa ingatan boleh berlaku.

Impak pada kepala tidak seharusnya dipandang remeh, pastikan rawatan disegerakan

Bak kata pepatah, malang tidak berbau. Namun, para cyclist seharusnya sentiasa peka dengan keadaan dan trafik sekeliling sewaktu kayuhan. Berkayuh berteman lebih baik daripada berseorangan. Sentiasa maklumkan pada yang berkenaan tentang aktiviti kayuhan anda. Selamat berkayuh dan stay safe!

POPULAR

Scroll to Top