10Q BERSAMA: LONT | PENGHULU JERAI/ROOTS RIDER

  1. S: Apa habaq Lont? Musim durian koi galak la ni. Cuba share tips cara pilih durian yang elok.
    J: Aku pun tak pandai beli durian tapi, biasanya bila nak beli tu, mengaku siap-siap kat seller kata tak tau pilih durian, harap depa ja pilih pastu belah tengok ok ka dak.

  2. S: Sebut Jerai Downhill, mesti nama hang naik. Boleh cerita sikit macam mana tercetus idea nak buka trail ini. Apa cabaran masa mula-mula nak buka dulu?
    J: Nama aku naik bila sebut Jerai DH mungkin pasai aku tukang atoq ride kot. Sapa-sapa nak ride depa akan contact aku dan aku akan minta detail untuk urusan Permit Hutan dengan arrange uplift. Tak silap Jerai DH start dalam tahun 2008/09. Waktu tu Putra dengan Nasir, depa orang pertama turun Jerai dengan MTB. Depa ajak aku tapi waktu tu aku tak penah hiking dan tak tau macam mana trail Titi Hayun tu. Daripada apa yang depa cerita dengan steep, batu, akaq, pacat, itu yang rasa cuak. Tapi 2nd trip kot, aku dengan geng-geng lain join ride. Waktu ride tu masya Allah, trek teruk sungguh, banyak sangat balak tumbang dan mcm-macam halangan kena passing. Tapi aku nampak dari segi elevation, distance, terrain, sangat sesuai utk buat trek DH. So bermula dari situ aku atoq buat trail maintenance. Waktu tu ramai yg mai bantu antaranya geng Perlis DH, Alor Setar Street Bike, SPDH, Penang DH (Yamm) KeDH dan individu-individu lain banyak mai bantu. Alhamdulillah dalam tempoh hampir 3 tahun iaitu 2010/2011, barulah kami mula open untuk rider-rider luar mai ride. Banyak juga donation yg kami dapat untuk bantu ringankan kos trail building ni. Sampai harini aktiviti Jerai DH masih kekal non-profit kecuali ada group luar negara yang datang dengan special arrangement saja yang dikenakan caj. Sepanjang masa Jerai DH ni macam-macam dugaan dan ujian dalam hubungan sesama rakan, dan rakan silih berganti datang ke Jerai DH diterima dengan hati terbuka dan sentiasa rasional. Dari sinilah istilah #istiqomah.
Fokus!

3. S: Dulu pakai Santa Cruz, la ni tukar pakai BTR. Apa sebab yang buat hang bertukar daripada ‘full-suspension’ ke ‘hardtail’?
J: Aku main MTB mula-mula di Jitra dengan basikal XC hardtail. Pastu bila aku main full-suspension (FS), aku rasa ‘shok’ dan berdakwah atas dasar aku nak kawan-kawan merasai macam-mana ‘shok’nya naik FS dan alhamdulillah, dalam tempoh yang lama ramai dah pakai FS. Aku bermula dengan XC – All Mountain – DH. Seingatnya, aku dah pakai 7 biji DH bike, kebanyakannya dengan sistem VPP, contohnya Santa Cruz atau Intense. Aku consider masih baru dalam pakai kerangka Hardcore Hardtail (HCHT),  mula tahun 2015 kot kalau tak silap. Aku pun tak tau macam mana boleh terbeli HCHT selepas jual V10c. First thing yang aku suka tgk HCHT ni sebab dia nampak radical, hipster, simple. Untuk main HCHT, riding skill totally lain dengan FS. Contoh kalau aku pakai FS, brek pad belakang yang selalu makan cepat tapi bila main HCHT, brek pad depan yang cepat habis pasai brek belakang kena selalu lepas untuk tayar belakang roll dengan lebih baik atas terrain. Untuk main HCHT dan hanya HCHT saja yang ada melibatkan kawalan mental pasal memang naik HCHT lebih teruk dari FS tapi boleh guna feedback ni untuk lebih positif. Contoh, more feedback menyebabkan rider lebih agresif dan lagi cepat respond. Perlu diingatkan HCHT nampak mcm sama tapi dia pun ada teknologi tersendiri seperti geometry, quality tubing, saiz tubing dan lain-lain. Lain quality atau grade yang digunakan akan feel berlainan. Saya syor pakai HCHT steel sebab feel dia macam absorb vibration dan pilihlah frame yg menggunakan grade steel terbaik. Steel frame perlu penjagaan ekstra dan kalau dah minat ni semua, tak susah mana la. Saya sekarang hanya ada satu saja bike iaitu Steel HCHT utk pelbagai disiplin riding dan saya adapt disiplin apa yang saya ride, maka dari sinilah istilah Mahkota Insani timbul.

4. S: Enduro atau UCI Downhill MTB, pilih satu dan sebab apa hang pilih yang itu.
J: UCI DH sebab boleh tengok live dan ‘Mahkota Insani’ untuk MTB. Saya tak kuat kayuh jadi untuk disiplin enduro, fitness saya teruk sikit tapi dua-dua saya juga suka sebenarnya. Dari UCI DH la banyak teknologi baru dihasilkan untuk MTB.

5. S: Pengalaman racing paling sempoi untuk hang setakat ni?
J: Emmm… MDHSS Malaysia Downhill Super Series pada 2010 anjuran Fakawi sebab time tu Polygon Factory Team juga follow siri ni.

Sewaktu mengikuti kayuhan di tanah seberang

6. S: Pengalaman injury paling dahsyat yang hang pernah alami setakat ni?
J: So far alhamdulillah belum ada yg dahsyat. Patah tulang tapak tangan biasa la tapi itu pun 3 minggu lepas buka simen dah start kayuh XC Road. Jatuh pacak kepala di section steep 3 Tokun tahun 2010 waktu training antara yg teruk. Waktu tu tak pakai neck brace, sebulan jugak la jalan jadi robot sakit tengkok. Lepas tu baru tau kepentingan neck brace.

7. S: Kalau mana-mana rider profesional EWS atau UCI Downhill MTB berminat jadi ‘coach’ hang, siapa hang akan pilih dan sebab apa?
J: Greg Minaar sebab dia cool, veteran dalam DH, rider paling banyak menang WCDH. Cara dia ride cool dan masih berbisa di podium walaupun jauh berusia berbanding rider lain.

8. S: Sebagai penghulu Jerai/Root Riders, apa harapan hang untuk team Root Riders dalam siri Mountainbiker.my Enduro Championship (MEC)?
J: Harap semua ‘Istiqomah’ dan setia kawan yang tinggi. Perbezaan pendapat tu biasa la, kena rasional. Janji ride. Ride untuk dapat kawan-kawan baru dan cuba trail-trail baru. Dengan adanya MEC ni menjadi catalyst kepada pembukaan trail-trail baru dan muka-muka baru. Good Job utk MEC, well managed event.

The Root Boys!

9. S: Kalau hang ada‘money’ dan ‘authority’ untuk kembangkan disiplin Enduro / Downhill MTB di Malaysia ke peringkat global, apa yang hang akan buat?
J: Kena upgrade local scene dulu. Masalah kita ialah geografi kita hutan tropika dan hutan mostly digazet sebagai Hutan Simpan, sukar untuk buat trail-trail yang dapat menandingi trail-trail di luar terutama Eropah dan lain-lain. Tapi negara kita menyediakan trail-trail unik yang riders luar jarang-jarang dapat merasai. Saya lebih berminat menarik riders luar datang ke sini merasai trail-trail yang ada, seterusnya menaikkan industri sport tourism.

Lont antara pencetus pembina trail di Malaysia

10. S: Kalau boleh pilih destinasi ‘ride’ di luar Malaysia, yang mana hang teringin nak pi dan sebab apa?
J: Semestinya Whistler. Walaupun secara teknikal skill belum sampai tapi nak jugak merasa ke sana. Faktor kewangan dan masa sangat penting. Sekian Harap maklum. Pecah Kaca Pecah Gelas Lepas Baca Harap Balas.

TERIMA KASIH LONT ATAS JAWAPAN-JAWAPAN YANG FUN DAN PADU! TERUSKAN #ISTIQOMAH. HANG MEMANG SEMPOI! – OUTRAGE

POPULAR

Scroll to Top